
Dengan perkembangan teknologi semakin pesat, permainan utama
kanak-kanak bukan lagi sekadar anak patung, malah lebih kepada permainan
dalam bentuk tablet dan iPad. Tidak mahu diganggu anak semasa sedang
sibuk bekerja atau sedang memandu? Mudah sahaja, hulurkan iPad atau
tablet dan biarkan anak bermain beberapa jam sehingga bateri habis.
Malangnya, menurut sebuah kajian kesihatan dari Amerika Syarikat
menunjukkan bahawa penggunaan iPad atau tablet untuk jangka masa panjang
oleh kanak-kanak boleh melemahkan otot jari dan tangan kanak-kanak
yang diperlukan untuk menulis.
Disamping itu, disarankan agar kanak-kanak dihadkan penggunaan iPad atau
tablet tidak lebih daripada dua jam sehari. Bagi kanak-kanak dibawah
umur dua tahun pula lebih baik dilatih tidak menggunakan iPad atau
tablet langsung.
by: Atiqa Juana
No comments:
Post a Comment