Wednesday, 13 February 2013

Putus Cinta Dengan Shila, Sharnaaz Tak Mahu Komen

Putus Cinta Dengan Shila, Sharnaaz Tak Mahu Komen
Teks oleh Syafiqah Jalal
 
KUALA LUMPUR, 13 FEB 2013: Seperti semua sedia maklum hubungan pasangan Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah kini ibarat retak menanti belah selepas berlakunya perbalahan di antara pelakon Juvana itu dengan bapa kekasihnya, ND Lala.
Malah dalam kenyataan Sharnaaz kepada media sebelum ini, dia sendiri telah memberi pembayang bahawa hubungan mereka seperti sudah berakhir. Bagi mendapat jawapan yang sahih mengenai hubungan mereka, portal murai.com.my telah berjaya menghubungi Sharnaaz sendiri sebentar tadi.
 
Namun malangnya, Sharnaaz sendiri tidak mahu memberi sebarang komen lagi mengenai hubungan mereka.
"Pasal Shila, saya tak mahu komen," jawabnya ringkas yang tidak mahu mengulas lanjut.
Ditanya lagi apakah benar mereka sudah putus cinta, sekali lagi Sharnaaz berkata: "Saya tidak mahu komen...saya tidak mahu komen!'.
Hubungan percintaan mereka dilihat tegang selepas ND Lala dikatakan tidak merestui hubungan pasangan berkenaan.
Sementara itu, Shila pula kemudian memuat naik rakaman luahan hatinya yang sedang kesedihan sambil menangis teresak-esak ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu, dalam laman YouTube baru-baru ini

No comments:

Post a Comment