Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. (^^)
macam yg korg bace..tajuk entry kali nie SETIA HUJUNG NYAWA..x lain x bukan.. drama terbaru TV3..yg kini bersiaran pada pukul 7pm every monday-thursday.. sekarang da macam trend plak adaptasi novel ke drama/movie..ADAM & HAWA..LAGENDA BUDAK SETAN.. pastu citer ape tu dulu..NORA ELENA..OMBAK RINDU..hemm..
aku pon mule2 mls gak nk tengok citer nie..tp..disebabkan ade si sape tu...ala..yg jd ersalena tu la..aku suke tgk die belakon..thats why aku tgk citer nie..
korang penah bace novel SETIA HUJUNG NYAWA nie? aku..x sure aku pnh bace ke x..haha..x ingt..byk sgt novel da bace..ecewah!
ni la novelnye.. dan kat bwh nie plak sinopsis novel nie..aku copy paste je pon..hahaha
Sinopsis Setia Hujung Nyawa
Pengantin perempuan lari?
Inilah takdir yang telah menemukan jodoh antara Ersalina Imani dan Zain
Hakimi. Ersalina sangat cantik, matang, berbudi bahasa, kira cukup pakej
walaupun baru umur 18 tahun.
Zain Hakimi panasaran tatkala tunangannya Sofea melarikan diri ke luar
Negara disaat majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung. Datin Adibah iaitu
mummy Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak jadinya. Zain
hanya menurut untuk menjaga maruah keluarga. Seseorang perlu menggantikan tempat
Sofea demi maruah keluarga.
Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang
Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza iaitu
mama Ersalina dan Datin Adibah merupakan rakan berpersatuan. Bagai orang
menggantuk yang disorongkan bantal, Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya
atas sebab tertentu.
Satu rahsia besar cuba disembunyikan oleh Haliza yang melibatkan
maruah keluarga. Ersalina telah pengsan di rumah dan disahkan hamil. Hancur hati
seorang ibu apabila maruah diri seorang anak yang dikasihinya tergadai hanya
kerana nafsu remaja. Dr. Sofea iaitu Dr peribadi keluarga Haliza telah diminta
merahsiakan perkara ini dari Ersalina dan semua orang.
Demi menyelamatkan maruah keluarga, Haliza telah menerima lamaran Datin
Adibah. Ersalina terpaksa rela untuk menjaga hati mamanya sekaligus menebus dosa
hitamnya.
Sebelum majlis kahwin, Ersalina dengan tak sengaja telah terlanggar Zain di
shopping complex dan kedua-dua mereka saling berpandangan. Setelah sah bergelar
suami isteri, Zain amat terkejut melihat gadis yg berjaya mencuit hatinya di
shopping complex adalah isterinya
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik
melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta
Ersalina, perkara aib yg disembunyikan oleh Haliza terbongkar bila Ersalina
jatuh dan keguguran. Zain terkesima bilamana mendengar ersalina disahkan
keguguran padahal zain tidak pernah ‘menyentuh ‘ isterinya.
Ersalina terkejut kerana tidak mengetahui situasi dirinya yang hamil. Kini
barulah dia tahu tujuan mamanya mahu mengahwinkannya dengan zain. Zain,
Ersalina, Haliza dan Dr. Sofea cuba sembunyikan rahsia besar ni. Hubungan zain
dan ersalina dingin beku selepas kejadian tersebut, Zain hanya berlakon baik
dengan Ersalina di depan ibubapa mereka. Di belakang, Ersalina di maki, diherdik
dan dilayan seperti orang gaji. Semuanya dibuat atas rasa kecewa dengan penipuan
yang dialami. Kerana baginya keluarga ersalina menabur budi apabila menggantikan
ersalina untuk majlis tersebut namun rupanya menjadikan dia kambing hitam atas
perbuatan ersalina.
Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum
biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia
bersalah. Walau dicaci dan dihina ersalina tetap melayan zain dengan penuh kasih
sayang kerana baginya disitulah syurganya. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan
dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung
nyawa. Ersalina bertahan dan sabar kerana cintakan hubungan mereka.
Kuasa Tuhan siapa yang tahu. Selepas cuti bulan madu di Bali, hubungan yang
hampir musnah akhirnya menemui kebahagian apabila zain berjaya mengusir bayangan
hitam ersalina dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Zain dapat terima
Ersalina sebagai isterinya.
Sekali lagi cinta mereka diuji apabila zain kemalangan dan disahkan koma.
Terasa gelap gelita hidup ersalina bila zain tidak sedarkan diri selama sebulan.
Ersalina bagaikan orang gila tapi mulai berubah bila dia disahkan hamil anak
Zain. Berita
kehamilannya mengembirakan semua ahli keluraga namun sahabat zain, hady
mempunyai rasa kurang percaya kerana selama ini perhubungan mereka agak
dingin. Hady merasakan sekali lagi Zain ditipu oleh Ersalina. Perbualan Hady dan
Ersalina tentang Ersalina yg bukan dara sebelum kahwin telah didengar oleh Datin
adibah.
Tatkala rahsia hitam Ersalina terbongkar, Datin adibah bertindak menghalang
ersalina daripada berjumpa zain. Rapuh hatinya apabila terpaksa berpisah dengan
suaminya. Zain akhirnya sedar dari koma dan datin adibah berkeras supaya mereka
berpisah. Datin Adibah minta Zain ceraikan Ersalina kerana rasakan keluarga
Haliza menipu anak mereka.
Datin adibah berusaha menjodohkan anaknya dengan Erniza anak rakannya
tetapi zain tetap mencintai isterinya. Ersalina dan Zain amat tertekan dan
sering berjumpa secara sembunyi.
“lina janji , setia ini hanya untuk abang. Selagi ikatan ini ada, lina
hanya untuk abang” – ersalina
"Tapi abang memang dah tekad, biarpun tanpa
cinta abang terima pilihan keluarga. Inilah cinta abang. Abang mula menyayangi
lina tanpa sempadan, tanpa syarat” – zain hakimi
“perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya”
rupanya zain juga pernah mencemari mahkota perempuan lain ketika remaja dan ini
diketahui datin adibah apabila zain tersempak dengan perempuan tersebut. Ini
membuka mata hatinya dan menerima ersalina sebagai menantunya. Cinta ersalina
dan zain kembali bertaut dan direstui oleh kedua belah keluarga. Happy
ending!
uishh..naseb bek la sinopsis nie copy paste je..klau x..memang tercabut la jari jemari ku nak menaipnye ha..aku pon x sure aku amek kt mane sinopsis nie..ape2 hal pon..terima kasih kepada tuan asal blogger yg taip sinopsis nie yerrr...oklah..tu je la kot entry kali nie..kepada peminat drama SETIA HUJUNG NYAWA..selamat menonton semua.. (^^)


No comments:
Post a Comment